send link to app

myKOWAMAS app for iPhone and iPad


4.6 ( 4176 ratings )
Lifestyle
Developer: Koperasi Wawasan Malaysia Berhad
Free
Current version: 2.1.11, last update: 1 year ago
First release : 05 Jul 2020
App size: 44.97 Mb

myKOWAMAS adalah aplikasi telefon pintar rasmi terkini yang dihasilkan oleh Koperasi Wawasan Malaysia Berhad bagi menghubungkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan KOWAMAS kepada seluruh anggota KOWAMAS sedia ada.

Individu yang masih belum menjadi anggota KOWAMAS juga di alu-alukan untuk melihat segala perkhidmatan yang disediakan khusus bagi anggota KOWAMAS serta digalakkan untuk memohon menjadi anggota KOWAMAS bagi melayakkan anda menerima segala keistimewaan anggota KOWAMAS.

Akses kepada aplikasi ini disemak melalui data anggota yang telah tersedia rekod dalam sistem KOWAMAS. Bahagian aplikasi yang khusus untuk anggota hanya boleh di akses oleh anggota berkenaan sahaja. Akses hanya diberikan jika anggota melepasi semakan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit di aplikasi ini, seperti yang telah didaftarkan di KOWAMAS semasa permohonan menjadi anggota sebelum ini.

CAPAI MAKLUMAT SYER DAN SIMPANAN ANDA
Sebagai anggota KOWAMAS, segala syer dan simpanan yuran yang dilaburkan atau di carum ke dalam akaun keanggotaan KOWAMAS anda telah di rekod dalam sistem komputer KOWAMAS. Syer dan simpanan yuran anda diberikan ganjaran berbentuk dividen setiap tahun berdasarkan prestasi perniagaan KOWAMAS yang baik. Melalui aplikasi ini, anda dapat mencapai maklumat berkenaan dividen serta rekod transaksi terkini syer dan simpanan yuran anda dengan lebih mudah dan telus.

CAPAI MAKLUMAT PEMBIAYAAN ANDA
Anggota KOWAMAS yang melanggan perkhidmatan pembiayaan kewangan KOWAMAS kini boleh menyemak baki pembiayaan berserta maklumat dan transaksi berkaitan pembiayaan anda melalui aplikasi ini dengan lebih mudah dan telus.

KEMASKINI PROFIL ANDA DENGAN LEBIH MUDAH
Kini anda boleh mengemaskini profil anda dengan lebih mudah melalui aplikasi ini tanpa perlu ke cawangan KOWAMAS (tertakluk kepada syarat dan peraturan). Mana-mana maklumat yang boleh dikemaskini seperti alamat terkini, nama dan alamat majikan kini boleh dikemaskini tanpa perlu mengisi borang.

DAPATKAN E-PENYATA DI HUJUNG JARI ANDA
Anda kini dapat melihat dan menyimpan penyata tahunan syer, simpanan yuran, dan pembiayaan anda dengan lebih mudah tanpa perlu ke cawangan KOWAMAS. Muat turun E-Penyata anda bila-bila masa yang anda mahu.

Lebih banyak kemudahan akan disediakan melalui aplikasi ini di masa akan datang. Aplikasi ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan dan kemudahan anggota KOWAMAS, namun akan memastikan aspek keselamatan dan kerahsiaan data anggota diberi keutamaan berbanding kemudahan.

Mengenai Koperasi Wawasan Malaysia Berhad – KOWAMAS
Dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad, telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi di masa itu adalah berkisar dalam perniagaan “retail” di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan. KOWAMAS, nama komersial yang terbaru dalam pasaran, selaras dengan arah tuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia untuk mengujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenal pasti beberapa lokasi yang strategik untuk pembangunan hartanah. Di samping itu, KOWAMAS juga sedang di dalam peringkat rundingan terakhir untuk menceburi sektor pengangkutan, perladangan dan “retail”.